Tuesday, September 29, 2009

nak masak apa hari ni?


konflik dan dilemma yang dihadapi setiap hari oleh seorang ibu dan isteri adalah, nak masak apa hari ini? so, sepanjang lounch hour tadi, duk cari2 menu hari ni. round punya round, terjebak pulak dengan resepi roti john. terus lapar. so dalam kepala memang asek terpikir nak makan roti john je. dah berkira2 nak beli daging hancur, roti hotdog dan beberapa lagi bahan yang ada dalam resepi tu. yes, nak buat sendirilah konon. hehe..

balik keje, babah dah cakap nak makan nasi pulak. alamak. rosak program (^_^"). tanpa menunggu lagi, laju je mulut bitau tanak makan nasi hari ni. oleh kerana babah takde problem, kami decided untuk tapau nasi putih and paprik campur (again!) untuk babah n cakirin, and beli barang2 yang aku angankan2 tadi kat pasaraya segi.

anyway, nak jadi citer, bahan2 tak lengkap plak dijual. so, masa tu jugak tukar menu. hehe. terus tukar ke menu burger dan fries. beli daging burger, roti burger, fries, seasoning ketchup n pepper. babah pun turunkanlah ilmu tak seberapa dia masa dia meniaga burger dulu.

jadi pendek kata, untuk dinner malam ni, babah n cakirin have paprik campur, cakirah n i makan burger yang macam beli kat kedai n fries. wallah! sedap! takyah beli burger kat kedai lagilah lepas ni. (^_-)

nota : gambar sebelah kiri adalah hiasan semata2. itu bukanlah burger yang aku masak kejap tadi. tak sempat nak snap tadi. hehehe..

No comments:

Post a Comment