Thursday, November 26, 2009

selamat hari raya aidil adha 1430

first of all, semoga aidiladha tahun ini akan memberikan erti pengorbanan yang bermakna untuk semua orang.


baru2 ni, aku cuba define balik makna sellfish. apa yang kita buat yang boleh dikategorikan sebagai sellfish? subjektif kan? its so tiring bila ada orang cuba set kepala otak aku apa itu sellfish. sellfish tak aku bila aku tanak dengar cakap dia? 


let say, kalau kita ada 2 kereta dan kita anak 5. satu kereta elok, satu kereta sakit sikit2. satu hari, adik beradik or sedara mara sangat terdesak nak pakai kereta sebijik. dan dorang pulak kena berjalan jauh dan perlukan kereta yang berkeadaan baik. kalau kita bagi yang baik, kita akan susah tapi masih ada kereta. kalaupun kereta tu rosak, kita masih dalam kawasan kita sendiri cuma susah sket untuk perjalanan satu family lah. tapi kalau kita bagi yang sakit pada yang nak meminjam, kemungkinan kereta tu akan mati tengah jalan dan menyusahkan dia. so, yang mana satu akan masuk kategori sellfish? sellfish tak kita kalau kita bagi peminjam kereta yang sakit sikit2 tu yang berkemungkinan akan rosak tengah jalan dan menyusahkan lagi si peminjam yang dalam kesulitan? sellfish tak si peminjam kalau dia pinjam jugak yang elok dan biarkan kita yang beranak 5 ni bawak keta yang sakit tu? either way akan ada part menyusahkan mana2 pihak. jadi yang mana satu yang sellfish?


malam tadi aku tgk 27 dresses, si adik nak kahwin so, si ayah bagi baju pengantin mak dorang kat si adik padahal si kakak memang nak sangat pakai baju tu bila dia kawen nanti. persoalannya, sellfish tak si kakak kalau dia tak bagi baju tu kat adik dia yang nak kawen dalam masa terdekat, dan sellfish tak si adik kalau dia tahu kakak dia memang suka baju tu, tapi dia pulak yang pakai? yang mana satu masuk sellfish?


kisah aku sendiri, sellfish tak aku mintak tolong ayah aku yang dah tua, hantarkan anak aku pg sekolah untuk ukur baju pengawas sebab aku kena kerja? sian ayah, baru sampai dari tggnu, aku dah mintak tolong macam2. kadang2 aku rasa aku sellfish bila aku suruh mak aku masak sambal telur yang sangat sedap tu padahal dah ada dah lauk lain untuk di makan. dan sekarang ni aku tengah fikir apa lagi ciri2 pentingkan diri sendiri pernah aku buat.


so, sempena hari raya korban ni, aku berdoa semoga tahun2 akan datang aku akan lebih banyak berkorban daripada bersikap pentingkan diri sendiri. semoga aku akan lebih rajin untuk suami dan anak sebab aku tau tahap kemalasan aku kadang2 menyusahkan dorang.  semoga mak dan ayah sentiasa dalam senarai keutamaan aku supaya anak2 aku dapat melihat contoh yang baik dari aku. semoga aku sentiasa dapat menilai sejauh mana aku mampu untuk tidak bersikap pentingkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment