Tuesday, May 11, 2010

falah 1991-1993

list of falah 1991-1993


ata
lina md ali
shita
nadia
sibah
aza
shah
aida
nina
niza
arwah izan
ayu 
has
lina abu shah
lina md. nor
rafeah
sareah
fizah mad
fizah ibrahim
fizah hashim
wahidah
yati husin
yati othman
musliza
suriati
aziah
farah
suhana 
leha
siti
kamiha
salbiah
zakiah


am i missing anyone? aku ada 33 org semuanya kat sini. bkn patut 36 ke?

Tuesday, April 27, 2010

Sebak

Waa... lama tak update blog. Padil mesti boring jek. hahaha..


Anyway, hari ni tergerak nak menulis lepas baca kisah isteri arwah achik spin kat sini. Sangat sayu dan sedih bila mengenangkan orang yang kita sayang, orang yang kita harapkan meninggalkan kita dalam sekelip mata. Aku rasa sebak sangat sampai airmata tak berenti2 turun. Tak dapat dibayangkan macam mana isteri arwah ni nak membiasakan diri untuk hidup tanpa arwah sedangkan selama ini arwah menjadi tempat dia bergantung. Aku simpati sangat-sangat dan rasa kalau dia ada depan mata sekarang, aku dah peluk dia erat2. Tapi aku pasti aku juga akan tenggelam dalam tangisan bila itu berlaku.


Aku berdoa agar H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof tabah melewati hari2 tanpa suami di sisi. Tabah membesarkan zuriat yang ditinggalkan arwah. Tabah untuk segala cabaran yang mendatang. 


Al-fatihah untuk arwah Abdillah Murad Md. Shari.

Thursday, November 26, 2009

selamat hari raya aidil adha 1430

first of all, semoga aidiladha tahun ini akan memberikan erti pengorbanan yang bermakna untuk semua orang.


baru2 ni, aku cuba define balik makna sellfish. apa yang kita buat yang boleh dikategorikan sebagai sellfish? subjektif kan? its so tiring bila ada orang cuba set kepala otak aku apa itu sellfish. sellfish tak aku bila aku tanak dengar cakap dia? 


let say, kalau kita ada 2 kereta dan kita anak 5. satu kereta elok, satu kereta sakit sikit2. satu hari, adik beradik or sedara mara sangat terdesak nak pakai kereta sebijik. dan dorang pulak kena berjalan jauh dan perlukan kereta yang berkeadaan baik. kalau kita bagi yang baik, kita akan susah tapi masih ada kereta. kalaupun kereta tu rosak, kita masih dalam kawasan kita sendiri cuma susah sket untuk perjalanan satu family lah. tapi kalau kita bagi yang sakit pada yang nak meminjam, kemungkinan kereta tu akan mati tengah jalan dan menyusahkan dia. so, yang mana satu akan masuk kategori sellfish? sellfish tak kita kalau kita bagi peminjam kereta yang sakit sikit2 tu yang berkemungkinan akan rosak tengah jalan dan menyusahkan lagi si peminjam yang dalam kesulitan? sellfish tak si peminjam kalau dia pinjam jugak yang elok dan biarkan kita yang beranak 5 ni bawak keta yang sakit tu? either way akan ada part menyusahkan mana2 pihak. jadi yang mana satu yang sellfish?


malam tadi aku tgk 27 dresses, si adik nak kahwin so, si ayah bagi baju pengantin mak dorang kat si adik padahal si kakak memang nak sangat pakai baju tu bila dia kawen nanti. persoalannya, sellfish tak si kakak kalau dia tak bagi baju tu kat adik dia yang nak kawen dalam masa terdekat, dan sellfish tak si adik kalau dia tahu kakak dia memang suka baju tu, tapi dia pulak yang pakai? yang mana satu masuk sellfish?


kisah aku sendiri, sellfish tak aku mintak tolong ayah aku yang dah tua, hantarkan anak aku pg sekolah untuk ukur baju pengawas sebab aku kena kerja? sian ayah, baru sampai dari tggnu, aku dah mintak tolong macam2. kadang2 aku rasa aku sellfish bila aku suruh mak aku masak sambal telur yang sangat sedap tu padahal dah ada dah lauk lain untuk di makan. dan sekarang ni aku tengah fikir apa lagi ciri2 pentingkan diri sendiri pernah aku buat.


so, sempena hari raya korban ni, aku berdoa semoga tahun2 akan datang aku akan lebih banyak berkorban daripada bersikap pentingkan diri sendiri. semoga aku akan lebih rajin untuk suami dan anak sebab aku tau tahap kemalasan aku kadang2 menyusahkan dorang.  semoga mak dan ayah sentiasa dalam senarai keutamaan aku supaya anak2 aku dapat melihat contoh yang baik dari aku. semoga aku sentiasa dapat menilai sejauh mana aku mampu untuk tidak bersikap pentingkan diri sendiri.

Tuesday, November 3, 2009

a week ago


last week, anak lelaki kesayangan aku, cakirin bawak balik exam paper dia. kertas pendidikan islam and bahasa melayu. tengok2 markah dia agak mengecewakanlah. so, aku duk tengok soalan yang dia salah jawab sepintas lalu sambil tanya dia apa yang dia tak paham. dia diam je.


aku tgk2, yang paling teruk sekali part sambung perkataan untuk surah al falaq. terus aku tanya dia kalau2 dia tak hafal surah al falaq, or dia hafal tapi tak pandai baca. dia diam lagi. suruh dia baca ayat yang tertulis kat exam paper tu. sangat mengejutkan, dia baca dengan fasih sekali. dalam keadaan yang menahan marah, aku tanya dia kalau dia tahu baca n hafal surah, napa dalam paper tu dia salah. jeng jeng jeng. jawapan dia senang je. 


"abang jawab je, abang tak baca pun soalan dia. "


alamak. senang nye jawapan. apa lagi, lepas tu kena bebel la. mau sepanjang malam gak bebelan tu berkumandang. apalagi lepas tu aku tau dia buat perkara yang sama pada exam paper untuk bahasa melayu. haih, anak.. anak..


anyway, dalam pada tu, projek d berjalan lancar walaupun pada awalnya ada beberapa halangan. alhamdulillah seme dah ok, and aku dh proceed dh. almost 50% nak siap. aku exited nak share dgn a few ppl yang rapat ngan aku, tp risau tak jadi surprise nya. ngeh ngeh ngeh. so, tahan dulu la. share je la ngan laki aku.


and oh, induksi telah berakhir dengan jayanya. assignment dah submit. hopefully lulus la kan. (^_-) 





Thursday, October 15, 2009

after a while

sibuk sket la kebelakangan ni. tu yang tak update tu. for now, aku kna ikut kursus induksi kumpulan sokongan siri 5/2009 kat kampus kota, universiti malaya kat area dekat2 dengan the mall a.k.a yaohan. tanpa disangka, it was fun. semua peserta alhamdulillah, so far sangat sporting dan easy going.

selain tu, my project d alredi launch on 10th oct yang mana dateline nya adalah pada januari 2010. apa itu project d? owh, itu masih belum boleh diwar2kan buat masa ni. januari nnt, bila dah submit, baru la aku boleh bitau. buat masa ni, biarlah rahsia. hehe.

ada a few things yang aku nak share tapi buat masa ni aku sangat letih dan perlu siapkan assignment untuk kursus induksi ni. assigntment biasa lah, jabatan kerajaan. esei dari tajuk pekeliling kemajuan pentadbiran awam dan arahan perkhidmatan. apa itu piagam pelanggan, wawasan 2020, dasar pembangunan nasional, pengurusan rekod bla bla bla. well, tak susah sgt. google je, kuarla sme tajuk tu. hehehe..

tgk lah, kot2 dpt snap gambar sekeping dua esok, aku upload lah nanti. hopefully esok dapatlah citer lebih panjang dari yang ini. peace!

Tuesday, October 6, 2009

sinus?

yes, rasa2nya sinus aku ni, dah masuk tahap kronik la kot. sabtu hari tu, tengah tunggu member babah datang, aku bersin tak berhenti2. alamak. tau dah apa akan jadi pastu. mesti air hidung tak benti punya. tp nak tanak, harung je la dulu sebab dah jemput orang datang umah kan. sambil2 duk goreng ayam tu, tahan je mata yang mula gatal2.







few month a go, aku p PPUM. dapat la ubat untuk makan tiap kali kena serang sinus. tapi ubat tu dah abes dah. nak ngulang PPUM, belumla tersampai hajat. satu lagi, ubat tu sme ada sedatif. masuk badan je terus pejam mata. tak sedar apa pun kat keliling. jerit la, pekik la. memang aku tak sedar punya.


so, hari ni, aku jalan2 satu forum.cari.com.my dan jumpa satu blog yang ada jual sinus set ni. dah bayar thru maybank2u pun. harga dalam rm 46 satu set. mintak2 sampai la 2,3 hari lagi. mask ada, asap pun ada rasanya. belasah la dulu kan. hehe. try je. kena pulak dia pakai ngan pencuci muka MIOR. well, aku memang tengah pakai MIOR. bagus plak tu. aku puas hati la jugak. hopefully, dia boleh la heal aku nye masalah sinus ni. sengal siot tiap kali kena. nak menjahit pun tak senang. apatah lagi nak beramah mesra dengan ahli keluarga.