Thursday, November 26, 2009

selamat hari raya aidil adha 1430

first of all, semoga aidiladha tahun ini akan memberikan erti pengorbanan yang bermakna untuk semua orang.


baru2 ni, aku cuba define balik makna sellfish. apa yang kita buat yang boleh dikategorikan sebagai sellfish? subjektif kan? its so tiring bila ada orang cuba set kepala otak aku apa itu sellfish. sellfish tak aku bila aku tanak dengar cakap dia? 


let say, kalau kita ada 2 kereta dan kita anak 5. satu kereta elok, satu kereta sakit sikit2. satu hari, adik beradik or sedara mara sangat terdesak nak pakai kereta sebijik. dan dorang pulak kena berjalan jauh dan perlukan kereta yang berkeadaan baik. kalau kita bagi yang baik, kita akan susah tapi masih ada kereta. kalaupun kereta tu rosak, kita masih dalam kawasan kita sendiri cuma susah sket untuk perjalanan satu family lah. tapi kalau kita bagi yang sakit pada yang nak meminjam, kemungkinan kereta tu akan mati tengah jalan dan menyusahkan dia. so, yang mana satu akan masuk kategori sellfish? sellfish tak kita kalau kita bagi peminjam kereta yang sakit sikit2 tu yang berkemungkinan akan rosak tengah jalan dan menyusahkan lagi si peminjam yang dalam kesulitan? sellfish tak si peminjam kalau dia pinjam jugak yang elok dan biarkan kita yang beranak 5 ni bawak keta yang sakit tu? either way akan ada part menyusahkan mana2 pihak. jadi yang mana satu yang sellfish?


malam tadi aku tgk 27 dresses, si adik nak kahwin so, si ayah bagi baju pengantin mak dorang kat si adik padahal si kakak memang nak sangat pakai baju tu bila dia kawen nanti. persoalannya, sellfish tak si kakak kalau dia tak bagi baju tu kat adik dia yang nak kawen dalam masa terdekat, dan sellfish tak si adik kalau dia tahu kakak dia memang suka baju tu, tapi dia pulak yang pakai? yang mana satu masuk sellfish?


kisah aku sendiri, sellfish tak aku mintak tolong ayah aku yang dah tua, hantarkan anak aku pg sekolah untuk ukur baju pengawas sebab aku kena kerja? sian ayah, baru sampai dari tggnu, aku dah mintak tolong macam2. kadang2 aku rasa aku sellfish bila aku suruh mak aku masak sambal telur yang sangat sedap tu padahal dah ada dah lauk lain untuk di makan. dan sekarang ni aku tengah fikir apa lagi ciri2 pentingkan diri sendiri pernah aku buat.


so, sempena hari raya korban ni, aku berdoa semoga tahun2 akan datang aku akan lebih banyak berkorban daripada bersikap pentingkan diri sendiri. semoga aku akan lebih rajin untuk suami dan anak sebab aku tau tahap kemalasan aku kadang2 menyusahkan dorang.  semoga mak dan ayah sentiasa dalam senarai keutamaan aku supaya anak2 aku dapat melihat contoh yang baik dari aku. semoga aku sentiasa dapat menilai sejauh mana aku mampu untuk tidak bersikap pentingkan diri sendiri.

Tuesday, November 3, 2009

a week ago


last week, anak lelaki kesayangan aku, cakirin bawak balik exam paper dia. kertas pendidikan islam and bahasa melayu. tengok2 markah dia agak mengecewakanlah. so, aku duk tengok soalan yang dia salah jawab sepintas lalu sambil tanya dia apa yang dia tak paham. dia diam je.


aku tgk2, yang paling teruk sekali part sambung perkataan untuk surah al falaq. terus aku tanya dia kalau2 dia tak hafal surah al falaq, or dia hafal tapi tak pandai baca. dia diam lagi. suruh dia baca ayat yang tertulis kat exam paper tu. sangat mengejutkan, dia baca dengan fasih sekali. dalam keadaan yang menahan marah, aku tanya dia kalau dia tahu baca n hafal surah, napa dalam paper tu dia salah. jeng jeng jeng. jawapan dia senang je. 


"abang jawab je, abang tak baca pun soalan dia. "


alamak. senang nye jawapan. apa lagi, lepas tu kena bebel la. mau sepanjang malam gak bebelan tu berkumandang. apalagi lepas tu aku tau dia buat perkara yang sama pada exam paper untuk bahasa melayu. haih, anak.. anak..


anyway, dalam pada tu, projek d berjalan lancar walaupun pada awalnya ada beberapa halangan. alhamdulillah seme dah ok, and aku dh proceed dh. almost 50% nak siap. aku exited nak share dgn a few ppl yang rapat ngan aku, tp risau tak jadi surprise nya. ngeh ngeh ngeh. so, tahan dulu la. share je la ngan laki aku.


and oh, induksi telah berakhir dengan jayanya. assignment dah submit. hopefully lulus la kan. (^_-) 





Thursday, October 15, 2009

after a while

sibuk sket la kebelakangan ni. tu yang tak update tu. for now, aku kna ikut kursus induksi kumpulan sokongan siri 5/2009 kat kampus kota, universiti malaya kat area dekat2 dengan the mall a.k.a yaohan. tanpa disangka, it was fun. semua peserta alhamdulillah, so far sangat sporting dan easy going.

selain tu, my project d alredi launch on 10th oct yang mana dateline nya adalah pada januari 2010. apa itu project d? owh, itu masih belum boleh diwar2kan buat masa ni. januari nnt, bila dah submit, baru la aku boleh bitau. buat masa ni, biarlah rahsia. hehe.

ada a few things yang aku nak share tapi buat masa ni aku sangat letih dan perlu siapkan assignment untuk kursus induksi ni. assigntment biasa lah, jabatan kerajaan. esei dari tajuk pekeliling kemajuan pentadbiran awam dan arahan perkhidmatan. apa itu piagam pelanggan, wawasan 2020, dasar pembangunan nasional, pengurusan rekod bla bla bla. well, tak susah sgt. google je, kuarla sme tajuk tu. hehehe..

tgk lah, kot2 dpt snap gambar sekeping dua esok, aku upload lah nanti. hopefully esok dapatlah citer lebih panjang dari yang ini. peace!

Tuesday, October 6, 2009

sinus?

yes, rasa2nya sinus aku ni, dah masuk tahap kronik la kot. sabtu hari tu, tengah tunggu member babah datang, aku bersin tak berhenti2. alamak. tau dah apa akan jadi pastu. mesti air hidung tak benti punya. tp nak tanak, harung je la dulu sebab dah jemput orang datang umah kan. sambil2 duk goreng ayam tu, tahan je mata yang mula gatal2.







few month a go, aku p PPUM. dapat la ubat untuk makan tiap kali kena serang sinus. tapi ubat tu dah abes dah. nak ngulang PPUM, belumla tersampai hajat. satu lagi, ubat tu sme ada sedatif. masuk badan je terus pejam mata. tak sedar apa pun kat keliling. jerit la, pekik la. memang aku tak sedar punya.


so, hari ni, aku jalan2 satu forum.cari.com.my dan jumpa satu blog yang ada jual sinus set ni. dah bayar thru maybank2u pun. harga dalam rm 46 satu set. mintak2 sampai la 2,3 hari lagi. mask ada, asap pun ada rasanya. belasah la dulu kan. hehe. try je. kena pulak dia pakai ngan pencuci muka MIOR. well, aku memang tengah pakai MIOR. bagus plak tu. aku puas hati la jugak. hopefully, dia boleh la heal aku nye masalah sinus ni. sengal siot tiap kali kena. nak menjahit pun tak senang. apatah lagi nak beramah mesra dengan ahli keluarga.

Thursday, October 1, 2009

basic for cross stitch

ada member yang teruja tgk contoh2 cross stitch yang aku letak kat fb dan berminat pulak nak cuba membuatnya. so, oleh kerana masa yang tak mengizinkan untuk aku turun padang mengajor, maka diharapkan supaya video di bawah dpt membantu. enjoys! ngeh ngeh ngeh..



Wednesday, September 30, 2009

cross stitch ku


hari tu duk kemas2 barang, terjumpa projek cross stitch aku yang terbengkalai 3 tahun lalu. aaaaaa... sayangnya carta dia dah hilang..

setengah hari ini

i just had my lunch. nasi putih + ikan kembung sambal + kangkung + sirap untuk rm 5. terima kasih kepada abg dol yang sudi menapaukan untuk saya. (^_-)

untuk breakfast tadi, sebungkus nasi lemak biasa + nescafe ais. tinggal task untuk dinner je la lepas ni. hehe.. sedang difikirkan..

Greatest Challenge


i've found mine!

Tuesday, September 29, 2009

nak masak apa hari ni?


konflik dan dilemma yang dihadapi setiap hari oleh seorang ibu dan isteri adalah, nak masak apa hari ini? so, sepanjang lounch hour tadi, duk cari2 menu hari ni. round punya round, terjebak pulak dengan resepi roti john. terus lapar. so dalam kepala memang asek terpikir nak makan roti john je. dah berkira2 nak beli daging hancur, roti hotdog dan beberapa lagi bahan yang ada dalam resepi tu. yes, nak buat sendirilah konon. hehe..

balik keje, babah dah cakap nak makan nasi pulak. alamak. rosak program (^_^"). tanpa menunggu lagi, laju je mulut bitau tanak makan nasi hari ni. oleh kerana babah takde problem, kami decided untuk tapau nasi putih and paprik campur (again!) untuk babah n cakirin, and beli barang2 yang aku angankan2 tadi kat pasaraya segi.

anyway, nak jadi citer, bahan2 tak lengkap plak dijual. so, masa tu jugak tukar menu. hehe. terus tukar ke menu burger dan fries. beli daging burger, roti burger, fries, seasoning ketchup n pepper. babah pun turunkanlah ilmu tak seberapa dia masa dia meniaga burger dulu.

jadi pendek kata, untuk dinner malam ni, babah n cakirin have paprik campur, cakirah n i makan burger yang macam beli kat kedai n fries. wallah! sedap! takyah beli burger kat kedai lagilah lepas ni. (^_-)

nota : gambar sebelah kiri adalah hiasan semata2. itu bukanlah burger yang aku masak kejap tadi. tak sempat nak snap tadi. hehehe..

Sunday, September 27, 2009

the very 1st entry


my 1st entry. tak tahulah berapa lama aku tahan. hehehe.. anyway, minat tiba2 dtg bila terbaca adik aku pnya blog. tak pernah sangka dia ada bakat menulis.

anyway, utk 1st entry, nak citer pasal perkara yang berlaku hari ni. ye, hari ini 27 september 2009, ahad. esok dah kena keje lepas seminggu cuti raya. huh, rajin ke aku nk keje esok? (^_^"). hari ni, setelah tinggal berempat, since syuqrina ikut mak balik terengganu smlm, kitorg mulakan dgn breakfast kt kedai makan anjung (oppsite ktm serdang). i had mee sup, syakirah makan order meehun sup, syakirin get his roti canai, and babah menikmati nasi lemak biasa. hah. lamanya tak makan sme tu. yela, sebulan puasa, pastu raya seminggu. ni la baru dpt blk makanan centu.

lepas makan, off to econsave. carikan syakirin dvd utk PS2 yg dipinjam dari ucu dia. hepi gila babs anak jantan i yg sorang tu. ahaks. then, p cari buku tulis utk buat correction book bdk2 ni. buku ni khas utk buat correction daripada sme kertas soalan peksa dorg since januari. saja buat simple revision utk exam dorg akan dtg. babah pulak beli rak utk letak buku2 dia. yes, babah skrg ada buku2 revision juga (^_^)..

blk dr econsave, antara nada paksa dan tidak, aku ajak babah p giant taman ehsan jap. ada projek yg belum terlunas. jeng jeng jeng. oleh kerana raya ari tu byk kali sgt citer congkak tayang kt tv, syakirah beria2 suh beli congkak. dan, babah yg kdg2 kreatif pun dpt idea utk buat sdr congkak. peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut ;
  • bekas plastik (yg transparent dan selalu org jual tahu guna tu). (14 saiz plg kecil, 2 saiz biasa)
  • salotape
  • gunting
  • 98 biji guli
  • apa2 saja yang keras utk dibuat tapak
mcm mna nk buat? susun bekas2 tadi mcm susunan congkak, tampal atas tapak yang keras. siap. kos kurang dari rm 10. hehehe.. pastu aku n syakirah main congkak, syakirin main PS2 and babah sibuk pasang rak buku dia. wah. aktiviti penuh.

ok. esok nk keje, bdk2 sekolah. baju sekolah pun belum gosok lagi. baju keje lagi. aaaa.. malas!